cute lha ! :)

Selasa, Mac 31, 2015

A K H R I N Y A :)


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim aku nak bagitau yang sekarang aku dah berniqab. Alhamdulillah, akhirnya impian yang aku impikan selama ini tercapai juga. Siapa sangka perempuan yang dulunya nakal, buas boleh berubah sampai tahap macam ni. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan jadi seorang niqabis. Syukur alhamdulillah pada Allah s.w.t.

Aku nak cerita kisah aku berniqab dari mula sampai sekarang. Aku tak ingat berapa hari bulan tapi masa tu bulan 2, aku ada beli jubah abaya and niqab 3 layer dari Madinah. Kirim dekat kawan dari group kat Facebook. Lama juga lah nak tunggu 2 barang ni sampai kat tangan aku. So aku buat keputusan untuk minta izin berniqab dari ayah aku bila barang dah ada kat tangan aku.

Tunggu punya tunggu, sabar punya sabar, akhirnya sampai juga barang tu kat tangan aku. Alhamdulillah , jubah yang aku dapat pun cantik , cantik sangat. Tak bermanik sangat , sulam sulam gitu je. Aku mana minat bermanik-manik ni, leceh lah. Tarikh aku dapat barang ni sama tarikh aku minta izin dari ayah aku untuk brniqab. Mula-mula takut juga nak minta izin dari ayah aku, tapi nak tak nak, aku kena lawan jugalah rasa takut tu. Kalau tak, macam mana nak nak berniqab !


Aku start berniqab 27.03.2015 jatuh pada hari Jumaat. In sha Allah, aku akan ingat tarikh ni sampai akhir hayat aku. :) Terima kasih buat family, sepupu dan kawan kawan yang sokong aku. Terima kasih sangat-sangat. Mana yang bagi pandangan negatif sebab aku berniqab, itu hak korang. Aku tak rugi apa-apa pun dengan pandangan negatif dari korang. Tipulah kalau aku cakap tak ada respon negatif dari orang sekeliling aku. Ada je sampai suruh aku mengucap. Haishhh, yang patut mengucap aku atau dia ? Tapi tak apalah, aku malas nak pening kepala fikir benda yang tak penting.

Aku nak kongsi sikit perasaan waktu mula-mula kena kan niqab. Macam-macam perasaan ada, takut, malu, happy, sedih, semua ada. Tapi aku tekad dalam hati aku, abaikan apa orang nak kata sebab mulut orang memang tak boleh nak tutup. Lagipun aku buat kerana Allah, bukan kerana manusia. In shaa Allah, aku akan kuatkan hati aku untuk hadapi segala pandangan negatif dari orang sekeliling.

Sampai sini sajalah benda yang aku nak kongsikan. Dah tak ada idea nak karang apa lagi. Hehehehe. Apa-apa pun TAHNIAH buat diri sendiri. :)

Ahad, Mac 01, 2015

mungkin sebagai ujian

Kerana ego
Aku hilang dia
Kerana ego
Aku terpaksa tahan rindu
Kerana ego
Aku terseksa
Semuanya kerana EGO
Ego yang sentiasa ada dalam diri aku ni !

Demi Tuhan, aku rindu dia. Rindu sangat sangat. Orang tak kan faham apa yang aku rasa. Orang tak kan faham. Sama sekali tak akan F A H A M.  Apa yang aku patut buat untuk hilangkan rasa rindu dekat dia??? Apa ?!

Berdoa ??? Yee, aku selalu berdoa untuk dia. Selalu ! Tapi bila aku berdoa untuk dia, makin bertambah rasa rindu dekat dia. Baru aku faham, kenapa susah sangat aku nak lupakan dia. Sebabnya dia dah miliki cinta aku. MILIKI CINTA AKU ! Lelaki yang  aku kenal sebelum nie, dia orang hanya dapat sayang aku bukan cinta aku. Aku cuba lupakan dia tapi tak boleh. Aku cuba cari pengganti dia, tapi tetap tak boleh.

Aku penat tunggu dia.
Aku penat rindu dia.
aku penat dengan semua ni.

Aku bodoh. Bodoh sebab terlalu kejar cinta yang akan hilang sedangkan cinta 'Abadi' sentiasa ada dekat dengan aku. Aku sibuk dengan cinta manusia sampaikan aku lupa cinta akan Allah. Aku lupa. Maaf kan aku Ya Allah. Maafkan aku.

Mungkin dia bukan jodoh aku
Mungkin dia hanya ujian bagi aku

Aku redha
Aku ikhlas

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, teruskan niat aku untuk terus kejar cinta Allah. Cinta 'abadi'. Mungkin hanya ini yang mampu buat aku untuk terus tersenyum sampai ke akhir hayat aku. Dulu aku sibuk kejar cinta manusia, kini tidak lagi. InsyaAllah. Aku akan tetap dengan niat yang aku dah tanam kan sekarang ni iaitu mengejar cinta Allah.

Saidatina Fatimah Az-zahrah idola ku
Semoga Allah meredhakan aku untuk menjadi seperti baginda
Semoga Allah memudahkan urusan ku
Semoga Allah tetapkan niat ku untuk menjadi seorang niqabis yang taat setia pada ajaran Agama
Semoga Allah ketemukan ku dengan arwah adik perempuan ku di syurga kelak.



* B A K A L N I Q A B I S *
                                             * B A K A L Z A U J A H *
                                                                                         * B A K A L J E N A Z A H *


SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRAH

Kelak Saidatina Fatimah Az-Zahrah akan meniti titian siratul mustaqim dan diiringi oleh bidadari-bidadari syurga. Jadi siapakah turut mengikuti beliau? Jawab ummu zein. Yang mengikuti Saidatina Fatimah Az-Zahrah adalah wanita yang mencontohinya. Yakni menutupi aurat dengan sempurna dan muka(berniqab). Kelak Seluruh lelaki akan diminta untuk tunduk kerana Saidatina Fatimah Az-Zahrah hendak melalui titian siratul mustaqim. subahannallah. Layakkah aku pendosa tanpa noktah untuk bersama baginda meniti titian siratul mustaqim? Saidatina Fatimah Az-Zahrah sangatlah menjaga dirinya. Tiada siapa yang pernah melihat wajahnya selain Suaminya dan Mahramnya. Kerana menjaga dirinya, Setelah kewafatan baginda, dia pernah meminta untuk menguburi jenazahnya pada waktu malam supaya tiada siapa boleh melihat wajah hatta susuk badannya. subahannallah. Dialah wanita dan org pertama yang diusung jenazahnya mengunakan keranda untuk menutupi jenazahnya. Masyaallah kagum dengn keperibadian Saidatina Fatimah Az-Zahrah menjaga dirinya. Insyaallah aku akan cubat mengikuti sifat keperibadian Saidatina Fatimah Az-Zahrah.

- InsyaAllah , jika di izikan oleh-Nya, aku ini menjadi bakal niqabis yang akan bersama-sama Saidatina Fatimah Az-zahrah melalui titian siratul mustaqim. INSYAALLAH .

Jumaat, Februari 27, 2015

EMAK & AYAH



1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu teng
ok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.

» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.


3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri


1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.


                                                        Ust. Sihabuddin Muhaemin

Rabu, Februari 25, 2015

Selamat Pengantin Baru Kawan Baik

Dah lama juga aku tak update apa apa kat blog aku nieyh kan?? hmm maaflah, sekarang aku busy sikit *walaupaun sebenarnya tengah cuti sem* al maklum lah, asyik makan tidur tengok tv je. hehehe. Disebabkan harini aku rajin sangat nak update blog, walaupun dah lewat nie tapi disebabkan rajin yang tiba tiba datang nie, aku akan story pasal kawan baik aku. 

                                                             aku dengan syafiq dah putus. kbye!



Huhuhuhu. okey stop ! harini aku nak cerita pasal K A W A N B A I K aku, bukan pasal aku :) . Hurm aku sebenarnya tak tau nak happy ke sedih. Tapi aku memang happy lah sebab kawan aku nieyh dah kahwin. WHAT ! KAHWIN ???? SIAPA ??? DI MANA ?? BILAAAAAA ??? Chill lah , nak story lah nieyh. So sabar okey ?? S A B A R ! Aku akan jawab satu per satu soalan tadi. Okey, soalan yang pertama :

SIAPA YANG KAHWIN ? 
- Nur Atikah Binti Mohd Yatim - eyka yatim -
DI MANA ???
- mestilah kat rumah dia . Kampung Cherok Jamuan Kuala Kangsar , Perak

BILA ??
- 19.2.2015


Okey done ! aku dah jawab semua soalan. Dan aku rasa ada soalan yang terlupa nak ditanya. chekkkkkkkkkk okey ! Dia kahwin dengan siapa ? haha. okey. dia kahwin dengan budak sekolah aku dulu waktu kat Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru ! haaaa tudiaaa.

SIAPA SUAMI DIA??
- Azri
DUDUK MANA ??
- Kampung Jarau Kuala Kangsar Perak
UMUR ??
- tua eyka setahun - 20 tahun -

Berbalik pada cerita di atas. Ye , aku patut happy sebab kawan baik aku dah kahwin tapi dalam hati aku nieyh tetap ada rasa sedih. Maybe sedih sebab eyka kan kawan baik aku so macam rasa cepat je masa berlalu sampai dia dah jadi bini orang. Ini bukan soal cemburu sebab dia kahwin awal tapi aku rasa macam kehilangan sesuatu yang bermakna. Aku dengan eyka kan rapat gila. Kemana je mesti kami berdua. Susah senang kami bersama. Aku sayang dia. Sayang sangat sangat. Hmm . Entahlah. Maybe esok lusa okey lah kot perasaan sedih aku nieyh. Apa apa pun semoga dia bahagia sampai ke akhir hayat dengan suami dia. Walaupun dia dah kahwin , dia tetap kawan aku dan aku tetap sayang dia sampai bila bila. Semua kenangan kita orang , aku tak kan lupa. :') Semoga bahagia sayang!


Jumaat, Disember 27, 2013

my beloved twin




NUR AMIRAHTUL AQILAH . ingin ku dendang kan sebuah sajak buatmu wahai kembar kesayangan ku . usah lha kau merajuk lagi . -_-  dengar lha sajak ini buat mu
Terlalu sukar untuk aku garap kisah sebenar itu...
Kerana di sini dan di pentas ini...
sering saja ada hati terluka...

Bukan niat aku mengungkap kata kabur
Berlapis seribu makna...
Maka lilitan mudah itu telah tersimpul...

Maafkan aku pada dasar lenggang kataku...
Tidak termaktub dalam nisbahku mengguris hati tulus itu
Apa lagi mencaci...

Mungkin sudah tiba...
Gaya bahasa kiasan laman diluput...
Atau dikapankan saya agar terkubur...


Kerana ia semakin terlalu sukar dimengerti....
Aku tidak bermaksud melukai apatah lagi menyakiti..

* copy & paste dari internet *aku sebenarnya tak tahu apa kena mengena sajak nieyh dengan apa yang aku nak cerita . aku pun tak faham apa lha sajak nieyh merapu . lagi pun aku tak baca sajak nieyh . aku cari kat internet , aku jumpa , aku copy and paste je . malas nak baca . tapi kamu mesti dah baca kan ? haha . kalau kamu dah baca , boleh lha kamu kasi tau aku apa sajak nieyh merapu . hehe =D
tapi kan , di sebab kan aku nieyh seorang yang romentik , sweet , baik hati * puji diri sendiri * kalau bukan aku yang nak puji diri sendiri , siapa lagi yang nak puji kan ? nak tunggu kamu puji ? alahai .. tahun depan pun belum tentu lagi aku dapat pujian dari kamu . dengar nieyh sajak dari aku . sajak aku nieyh lagi bagus dari sajak yang atas tu !

wahai syafiq  , * ehh silap * wahai eira babab a.k.a  D . E . B . A . B
.................................
beta
ingin meminta ampun dari puan hamba
* macam salah je *
bukan sengaja I tak angkat call U tadi * sweet kan ? *
time hang call chek tadi , chek p makan tadi . chek malas nak angkat sebab chek tamau lha kredit hang kena telan dengan celcome * loqhat kedah da maii *
kau marah dekat aku ke ? ala , chill lha beb * cool sis cool *
ke mike merajuk dengan teman ? alahai... * perak kembali *
aku mintak maaf lha beb . asal aku call tak nak angkat ?????
dah benci kat aku ka ?? * sedih *
aku tau hang rindu kat aku kan ? better hang ngaku cepat * imissutoo *
aku mintak maaf nahh !

apa macam sajak aku ? okeyy tak ? haha . mesti okey kan ? kamu jangan menangis pulak bila baca sajak aku nieyh . kalau menangis , p ambil kotex ehh silap , p ambil tisu then lap air mata tu nahh . hang dah lha debab , sat lagi kalau hang menangis mesti berat badan hang turun . nanti jadi kering macam aku . mauu ??? mesti hang takmau kan . hehe . so jangan nanges nahh .

serius beb , aku mintak maaf lha . tapi aku nak tergelak kot baca mesej yang kamu hantar time aku tak angkat call kamu tadi .

11:33 p.m
my beloved twin
"
kau busy lagi ke ? kalau busy lagi tak apa la . sorry kacau . bye "

haha . menangis aku baca mesej kamu . if kamu kecil hati dengan aku , aku mintak maaf lhaa . time kamu call yang aku cakap aku kat kuala tuh , time tu aku baru je sampai kuala . aku p ambil duit kat bank dengan mak aku . lepas tu kita orang p beli barang dapur sat . sampai kampung , baru aku p topup . then aku call syafiq sat . lepas call dia , aku p makan . time aku makan tu kamu call . aku malas nak angkat sebab aku takmau kredit hang kena tarik dengan celcome . time tu aku dah on no digi aku dah . just topup ja aku tak masuk lagi . aku ingat lepas aku makan baru aku call hang . tapi lepas aku makan , aku call kamu banyak kali , tapi kamu tak angkat . sorry lha yee . * dah berojak bahasa aku *

limit call free aku tinggal 2 jam lebih je . besok aku call kamu ye . tapi kita kena cakap selama 45 minit je lhaa . nak berjimat sampai 1.1.2014 . time tu baru limit call free meningkat macam biasa . kamu lagi kesian , limit call free langsung dah habis . hehehe . okey lha beb , aku betul-betul mintak maaf yee . =)

Khamis, November 21, 2013

terima kasih kak Intan



saya Nur Atikah Hussin Ali dengan bangganya nak kasi tau yang cuti tahun nie membosankan ! grrr ! benci-benci-benci ! tapi tak kisah lhaa . yang pasti exam nak habis dah . haha . hureyyyy ! lepas nie boleh goyang kaki je kat rumah . 2 minggu lepas tu kaki aku hilang sebab kena potong dengan mak aku -_- * okey stop merapu *

hari nie aku nak cerita tentang seorang insan yang selalu kasi sokongan , dorangan and macam-macam lagi lha dekat aku time aku sedih and dah banyak kasi tunjuk ajar dekat aku atas something yang aku tak tahu atau kurang tahu . nama dia INTAN NURSYAZWANI .
full name dia , aku tak tahu . aku just panggil dia Kak Intan . okey , umur dia 18 tahun . tua setahun dari aku . sekarang dia stay Perlis . kalau tak silap aku lhaa . Kak Intan sering berhijrah , so aku kurang pasti dia asal orang mana . tapi tak apa , tak penting pun semua tu . aku kenal Kak Intan dari fesbook . aku yang tegur dia dulu . aku tanya dekat dia pasal apa tah . aku dah lupa . sejak hari tu lha kita orang mula kenal antara satu sama lain . cewahh ! hehe .

kalau aku ada masalah , aku selalu jugak cerita dekat dia . dia banyak jugak nasihat aku . dulu jenis aku cepat putus asa , tapi sekarang tak lagi . alhamdulillah . aku dah belajar erti kesabaran . ingat senang ke nak bersabar dengan masalah yang datang nie . susah kot . tapi just ingat , Allah s.w.t sentiasa ada dengan kita , insyaAllah kita dapat mengatasi semua masalah dengan sabar . wahh . dah pandai aku kasi ceramah kan ? haha . lepas nie aku nak masuk rancangan ustazah pilihan . undi jangan tak undi ! =)

apa-apa pun . terima kasih atas semuanya ye Kak Intan =)

adik sayang akak <3

Selasa, April 30, 2013

Rindu & Jangan Membuka Aib Arwah

assalamualaikum ...
rindu dekat
siape pulak nie kan ??? rindu dekat Herry ? maybe , tapi kalau rindu dekat dia , jumpe aje lha . kan senang . tapi masalah sekarang nie aku rindu dekat orang yang tak boleh aku jumpe lagi . sebab dorang dah pergi jauh . jauh sangat sampaikan aku tak mampu nak pergi sane jumpe dorang melainkan kalau aku dijemput oleh Allah s.w.t. :)

sebenarnye aku rindu dekat arwah fara and arwah aida . entah lha kenape perasaan rindu tu boleh hadir pulak dalam diri aku nie sedangkan aku dengan dorang tak serapat mane pun . aku jugak terase giler kehilangan dorang . terase sangat-sangat . aku terkilan tengok jenazah dorang hari tu . allah s.w.t. dah tetapkan dorag meninggal dalam keadaan macam tu . aku pulak nanti meninggal dalam keadaan macam mane lha gamaknye nanti kan ? hmmm . aku online je facebook aku , macam-macam story friend FB aku post dekat wall dorang pasal si arwah fara . kenape mesti jadi macam nie ? arwah dah meninggal . kalau betul pun arwah tu dulu teruk orangnye , kite kenalah doakan ketenangan dia dekat sane bukannye kite kena buat dia tak tenang dekat alam sane.

kite nie pun bukannye baik macam . semua orang pernah merase buat salah and semua orang akan merase kematian . korang nak ke kalau kite dah mati nanti , ade orang pulak buruk-buruk kan kite . korang nak jadi macam tu ? mesti korang tak nak kan . sebelum kite nak cakap or buat sesuatu , kite kena fikir jugak diri kite nie . ape yang kite buat or cakap pasal orang , benda nie akan jadi dekat diri kite jugak . korang kena ingat tu . kite nie manusia macam arwah tu jugak .

aku bukan nak backup dorang sebab dorang kawan aku , tapi aku nak jugak yang terbaik untuk arwah . and aku jugak tak nak benda nie terkena dekat diri korang jugak . jahat macam mane pun perangai dorang tu , biar kan berlalu . kite tak payah nak ingatkan semua tu . arwah pun dah tak ade . kite yang masih hidup nie , doa kan ketenangan arwah dekat sane jangan nak membuke aib orang yang dah tak ade . nanti kite jugak yang dapat dosa .

setiap orang ade baik buruknye . kalau kite dah tahu perangai arwah yang dulu macam mane , kite diam je . tak perlulah nak menjaje cerite pasal arwah . kesian lah dekat keluarge arwah . dorang tentu sedih bile dengar korang memburukkan anak dorang . aku sebagai kawan yang tak berape nak rapat dengan arwah fara and aida pun , aku dah rase sedih bile dengar cerite yang bukan-bukan pasal dorang . sekarang nie , biar lha dorang tenang dekat sane , kite sebagai sedare seumat dengan arwah , doakan yang terbaik untuk arwah fara , aida and si adik (kembar) . tolonglah , jangan membuke aib orang yang dah meninggal . kalau si arwah ade buat salah dengan korang , korang ampunkanlah dosa dorang . tak payah lha nak berdendam . bukannye dorang ade lagi pun . benda yang lepas , kite jadikan pengajaran untuk diri kite dan orang lain .