cute lha ! :)

Jumaat, Februari 27, 2015

EMAK & AYAH



1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu teng
ok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.

» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.


3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri


1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.


                                                        Ust. Sihabuddin Muhaemin

Rabu, Februari 25, 2015

Selamat Pengantin Baru Kawan Baik

Dah lama juga aku tak update apa apa kat blog aku nieyh kan?? hmm maaflah, sekarang aku busy sikit *walaupaun sebenarnya tengah cuti sem* al maklum lah, asyik makan tidur tengok tv je. hehehe. Disebabkan harini aku rajin sangat nak update blog, walaupun dah lewat nie tapi disebabkan rajin yang tiba tiba datang nie, aku akan story pasal kawan baik aku. 

                                                             aku dengan syafiq dah putus. kbye!



Huhuhuhu. okey stop ! harini aku nak cerita pasal K A W A N B A I K aku, bukan pasal aku :) . Hurm aku sebenarnya tak tau nak happy ke sedih. Tapi aku memang happy lah sebab kawan aku nieyh dah kahwin. WHAT ! KAHWIN ???? SIAPA ??? DI MANA ?? BILAAAAAA ??? Chill lah , nak story lah nieyh. So sabar okey ?? S A B A R ! Aku akan jawab satu per satu soalan tadi. Okey, soalan yang pertama :

SIAPA YANG KAHWIN ? 
- Nur Atikah Binti Mohd Yatim - eyka yatim -
DI MANA ???
- mestilah kat rumah dia . Kampung Cherok Jamuan Kuala Kangsar , Perak

BILA ??
- 19.2.2015


Okey done ! aku dah jawab semua soalan. Dan aku rasa ada soalan yang terlupa nak ditanya. chekkkkkkkkkk okey ! Dia kahwin dengan siapa ? haha. okey. dia kahwin dengan budak sekolah aku dulu waktu kat Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru ! haaaa tudiaaa.

SIAPA SUAMI DIA??
- Azri
DUDUK MANA ??
- Kampung Jarau Kuala Kangsar Perak
UMUR ??
- tua eyka setahun - 20 tahun -

Berbalik pada cerita di atas. Ye , aku patut happy sebab kawan baik aku dah kahwin tapi dalam hati aku nieyh tetap ada rasa sedih. Maybe sedih sebab eyka kan kawan baik aku so macam rasa cepat je masa berlalu sampai dia dah jadi bini orang. Ini bukan soal cemburu sebab dia kahwin awal tapi aku rasa macam kehilangan sesuatu yang bermakna. Aku dengan eyka kan rapat gila. Kemana je mesti kami berdua. Susah senang kami bersama. Aku sayang dia. Sayang sangat sangat. Hmm . Entahlah. Maybe esok lusa okey lah kot perasaan sedih aku nieyh. Apa apa pun semoga dia bahagia sampai ke akhir hayat dengan suami dia. Walaupun dia dah kahwin , dia tetap kawan aku dan aku tetap sayang dia sampai bila bila. Semua kenangan kita orang , aku tak kan lupa. :') Semoga bahagia sayang!