cute lha ! :)

Ahad, Mac 01, 2015

mungkin sebagai ujian

Kerana ego
Aku hilang dia
Kerana ego
Aku terpaksa tahan rindu
Kerana ego
Aku terseksa
Semuanya kerana EGO
Ego yang sentiasa ada dalam diri aku ni !

Demi Tuhan, aku rindu dia. Rindu sangat sangat. Orang tak kan faham apa yang aku rasa. Orang tak kan faham. Sama sekali tak akan F A H A M.  Apa yang aku patut buat untuk hilangkan rasa rindu dekat dia??? Apa ?!

Berdoa ??? Yee, aku selalu berdoa untuk dia. Selalu ! Tapi bila aku berdoa untuk dia, makin bertambah rasa rindu dekat dia. Baru aku faham, kenapa susah sangat aku nak lupakan dia. Sebabnya dia dah miliki cinta aku. MILIKI CINTA AKU ! Lelaki yang  aku kenal sebelum nie, dia orang hanya dapat sayang aku bukan cinta aku. Aku cuba lupakan dia tapi tak boleh. Aku cuba cari pengganti dia, tapi tetap tak boleh.

Aku penat tunggu dia.
Aku penat rindu dia.
aku penat dengan semua ni.

Aku bodoh. Bodoh sebab terlalu kejar cinta yang akan hilang sedangkan cinta 'Abadi' sentiasa ada dekat dengan aku. Aku sibuk dengan cinta manusia sampaikan aku lupa cinta akan Allah. Aku lupa. Maaf kan aku Ya Allah. Maafkan aku.

Mungkin dia bukan jodoh aku
Mungkin dia hanya ujian bagi aku

Aku redha
Aku ikhlas

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, teruskan niat aku untuk terus kejar cinta Allah. Cinta 'abadi'. Mungkin hanya ini yang mampu buat aku untuk terus tersenyum sampai ke akhir hayat aku. Dulu aku sibuk kejar cinta manusia, kini tidak lagi. InsyaAllah. Aku akan tetap dengan niat yang aku dah tanam kan sekarang ni iaitu mengejar cinta Allah.

Saidatina Fatimah Az-zahrah idola ku
Semoga Allah meredhakan aku untuk menjadi seperti baginda
Semoga Allah memudahkan urusan ku
Semoga Allah tetapkan niat ku untuk menjadi seorang niqabis yang taat setia pada ajaran Agama
Semoga Allah ketemukan ku dengan arwah adik perempuan ku di syurga kelak.



* B A K A L N I Q A B I S *
                                             * B A K A L Z A U J A H *
                                                                                         * B A K A L J E N A Z A H *


SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRAH

Kelak Saidatina Fatimah Az-Zahrah akan meniti titian siratul mustaqim dan diiringi oleh bidadari-bidadari syurga. Jadi siapakah turut mengikuti beliau? Jawab ummu zein. Yang mengikuti Saidatina Fatimah Az-Zahrah adalah wanita yang mencontohinya. Yakni menutupi aurat dengan sempurna dan muka(berniqab). Kelak Seluruh lelaki akan diminta untuk tunduk kerana Saidatina Fatimah Az-Zahrah hendak melalui titian siratul mustaqim. subahannallah. Layakkah aku pendosa tanpa noktah untuk bersama baginda meniti titian siratul mustaqim? Saidatina Fatimah Az-Zahrah sangatlah menjaga dirinya. Tiada siapa yang pernah melihat wajahnya selain Suaminya dan Mahramnya. Kerana menjaga dirinya, Setelah kewafatan baginda, dia pernah meminta untuk menguburi jenazahnya pada waktu malam supaya tiada siapa boleh melihat wajah hatta susuk badannya. subahannallah. Dialah wanita dan org pertama yang diusung jenazahnya mengunakan keranda untuk menutupi jenazahnya. Masyaallah kagum dengn keperibadian Saidatina Fatimah Az-Zahrah menjaga dirinya. Insyaallah aku akan cubat mengikuti sifat keperibadian Saidatina Fatimah Az-Zahrah.

- InsyaAllah , jika di izikan oleh-Nya, aku ini menjadi bakal niqabis yang akan bersama-sama Saidatina Fatimah Az-zahrah melalui titian siratul mustaqim. INSYAALLAH .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan