cute lha ! :)

Selasa, Mac 31, 2015

A K H R I N Y A :)


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim aku nak bagitau yang sekarang aku dah berniqab. Alhamdulillah, akhirnya impian yang aku impikan selama ini tercapai juga. Siapa sangka perempuan yang dulunya nakal, buas boleh berubah sampai tahap macam ni. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan jadi seorang niqabis. Syukur alhamdulillah pada Allah s.w.t.

Aku nak cerita kisah aku berniqab dari mula sampai sekarang. Aku tak ingat berapa hari bulan tapi masa tu bulan 2, aku ada beli jubah abaya and niqab 3 layer dari Madinah. Kirim dekat kawan dari group kat Facebook. Lama juga lah nak tunggu 2 barang ni sampai kat tangan aku. So aku buat keputusan untuk minta izin berniqab dari ayah aku bila barang dah ada kat tangan aku.

Tunggu punya tunggu, sabar punya sabar, akhirnya sampai juga barang tu kat tangan aku. Alhamdulillah , jubah yang aku dapat pun cantik , cantik sangat. Tak bermanik sangat , sulam sulam gitu je. Aku mana minat bermanik-manik ni, leceh lah. Tarikh aku dapat barang ni sama tarikh aku minta izin dari ayah aku untuk brniqab. Mula-mula takut juga nak minta izin dari ayah aku, tapi nak tak nak, aku kena lawan jugalah rasa takut tu. Kalau tak, macam mana nak nak berniqab !


Aku start berniqab 27.03.2015 jatuh pada hari Jumaat. In sha Allah, aku akan ingat tarikh ni sampai akhir hayat aku. :) Terima kasih buat family, sepupu dan kawan kawan yang sokong aku. Terima kasih sangat-sangat. Mana yang bagi pandangan negatif sebab aku berniqab, itu hak korang. Aku tak rugi apa-apa pun dengan pandangan negatif dari korang. Tipulah kalau aku cakap tak ada respon negatif dari orang sekeliling aku. Ada je sampai suruh aku mengucap. Haishhh, yang patut mengucap aku atau dia ? Tapi tak apalah, aku malas nak pening kepala fikir benda yang tak penting.

Aku nak kongsi sikit perasaan waktu mula-mula kena kan niqab. Macam-macam perasaan ada, takut, malu, happy, sedih, semua ada. Tapi aku tekad dalam hati aku, abaikan apa orang nak kata sebab mulut orang memang tak boleh nak tutup. Lagipun aku buat kerana Allah, bukan kerana manusia. In shaa Allah, aku akan kuatkan hati aku untuk hadapi segala pandangan negatif dari orang sekeliling.

Sampai sini sajalah benda yang aku nak kongsikan. Dah tak ada idea nak karang apa lagi. Hehehehe. Apa-apa pun TAHNIAH buat diri sendiri. :)

1 ulasan: